Wednesday, May 14, 2008

PERLAKSANAAN DAN SYARAT PENYERTAAN













CARA PERLAKSANAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di ruatu kediaman yang tetap dan sesuai.

2. Semua peserta yang terlibat adalah dikehendaki:-
Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
Berurusan dengan agensi pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dalam perkara2 yang berkaitan dengan harga, makanan, pengangkutan dan hal2 yang melibatkan pakej lawatan.

3. Agensi pelancongan yang turut serta hendaklah memberi khidmat yang sesuai termasuk membuat tempahan, menyediakan pengangkutan, membuat promosi di dalam dan di luar negeri dan lain2 perkhidmatan yang perlu.

4. Kementerian Pelancongan akan membantu dalam pengedaran risalah yang mengandungi maklumat peserta kepada pelancong dari dalam dan luar negara.


CIRI-CIRI RUMAH KEDIAMAN

1. Lokasi rumah kediaman hendaklah:

- Mempunyai kemudahan pengangkutan.
- Bebas dari sebarang pencemaran alam
- Mempunyai persekitaran yang memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia

2. Kemudahan asas dalam rumah

- Mempunyai bilik berasingan untuk penginapan pelancong
- Keluasan bilik hendaklah sesuai dan selesa
- Mempunyai tandas, bilik mandi, ruang makan dan ruang tamu
- Persediaan untuk keperluan asas seperti ubat nyamuk, kelambu, tuala dan pakaian

3. Kebersihan rumah

- Persekitaran yang bersih dari sampah sarap
- Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik


CIRI KESELESAAN DAN KESELAMATAN

1. Mengambil perlindungan insuran

- Agen Pelancongan mengambil insuran secara berkelompok
- Tuan rumah mengambil insuran secara individu

2. Langkah2 Keselamatan

- Bilik2 untuk pelancong hendaklah boleh dikunci
- Tiada lubang mengendap
- Mempunyai alat memadam kebakaran
- Mempunyai peti perubatan kecemasan

Lain2 Langkah Keselamatan

- Tidak membenarkan Pelancong merayau bersendirian tanpa panduan (dikhuatiri sesat atau jadi mangsa jenayah)
- Tidak membenarkan Pelancong menggunakan kenderaan bermotor tanpa lesen sah
- Tidak membenarkan Pelancong melakukan kelakuan sumbang yang bertentangan dengan nilai2 budaya Malaysia.